BUKU KAWAL BERAT BADAN
Ia elok dijalankan oleh individu yang ingin mengetahui jenis metabolisme mereka dan makanan-makanan yang sesuai dengan metabolisme masing-masing.
Dalam bab: MENGENAL PASTI KATEGORI METABOLISME buku KAWAL BERAT BADAN terbutan ALAF 21 (2008) halaman disebutkan bahawa makanan yang sesuai untuk seseorang mungkin tidak sesuai untuk individu lain walau pun mereka mempunyai jenisdarah yang serupa . Makanan yang tidak sesuai dengan metabolisme seseorang dipercayai boleh menimbulkan masalah kesihatan.
Ujian mengenalpasti Kategori Metabolisme
UJIAN NIACIN (vitamin B3)
Ambil 50 mg niacin ketika perut kosong dengan sedikit air galian. Dalam masa ½ jam, anda akan mengalami tindakbalas berikut:
-- Metabolisma pemakan daging (jenis parasimpatetik) : kulit anda bertukar menjadi warna merah dan anda berasa tersangat panas dan gatal.
--Metabolisma pemakan bijiran/sayuran (jenis simpatetik): anda tidak rasa apa-apa perubahan
--Metabolisma stabil atau di tengah-tengah: anda berasa panas sedikit dan warna wajah anda bertukar menjadi lebih baik.
UJIAN VITAMIN C
Untuk mempastikan ujian di atas benar, sila lakukan ujian ini selama tiga hari berturut-turut dengan mengambil 8 gram (8,000mg) vitamin C ketika perut kosong. Ambil 1,000 mg setiap satu jam bermula sejam selepas sarapan pagi.
Metabolisma pemakan daging: mengalami kemurungan, kurang bersemangat, letih, mudah marah/naik angin
Perhatian: jika anda seorang wanita anda akan mengalami gatal atau rengsa pada vagina
Metabolisma stabil: jika anda tidak rasa sebarang perubahan
Metabolisma pemakan bijiran/sayuran: jika anda mendapati diri anda semakin bertenaga dan tidur lebih nyenyak
PERHATIAN: Vitamin C yang diambil pada dos yang tinggi dalam sehari boleh menyebabkan diarea kepada sesetengah individu. Ujian vitamin C tidak sesuai untuk individu yang mengalami tindakbalas makanan yang teruk dan berpanjangan.
Ujian niacin dan vitamin perlu diberhentikan sebaik-baik sahaja anda mengalami rengsaan seperti sakit perut dan keadaan lain yang tidak selesa.
Jenis diet untuk ketiga-tiga golongan
-- Metabolisma pemakan daging (jenis parasimpatetik) : Diet yang sesuai untuk golongan ini ialah diet tinggi lemak, sederhana protein dan rendah karbohidrat. Protein yang sesuai termasuk daging dan organ dalaman. Ikan boleh diambil secara berkala. Kurang pengambilan sayur-sayuran lembut (berwarna hijauj dan berkanji), Kebanyakan makanan berasid tidak sesuai untuk anda.
--Metabolisma pemakan bijiran/sayuran (jenis simpatetik): Diet yang sesuai untuk golongan ini ialah diet rendah lemak, rendah protein dan tinggi karbohidrat. Protein yang sesuai termasuk ikan dan burung. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran lembut (berwarna hijau dan berkanji) serta pelbagai jenis buah-buahan. Boleh mengambil makanan masam
--Metabolisma stabil atau di tengah-tengah: anda berasa panas sedikit dan warna wajah anda bertukar menjadi lebih baik. Anda boleh makan makanan dari kedua-dua jenis metabolisme.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
Penulis BUKU KAWAL BERAT BADAN
http://www.kawalberatbadan.blogspot.com/